suria

Premis Kedai Urut Kaki Diserbu Kali Keempat

KUALA TERENGGANU: Sebuah premis kedai urut refleksologi di Jalan Kampung Dalam di sini diserbu untuk kali yang keempat oleh pihak imigresen pada Selasa membawa kepada penahanan 24 warga China yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut tanpa pas kerja yang sah.

Mereka termasuk dua daripadanya lelaki ditahan dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang oleh 26 anggota Jabatan Imigresen Terengganu.

Tujuh pelanggan sedang berada bersama warga China berkenaan sementara rakan mereka yang lain cuba menyembunyikann diri.

Ketangkasan angggota Jabatan Imigresen bagaimanapun berjaya menahan kesemua mereka di premis yang sudah tiga kali diserbu itu, kata Penolong Pengarah Imigresen negeri, Mohd. Khaira Daud.

Beliau berkata, pada operasi di beberapa lokasi lain di daerah ini pihaknya berjaya menahan 44 warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk salah guna pas lawatan sosial, tiada dokumen perjalanan yang sah dan tinggal melebihi had yang dibenarkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

1,967 Mangsa Banjir Di Kelantan

Artikel Lain