suria

Mayat Pelajar Lemas Dijumpai Terapung Bersama Sampah

MACHANG: Mayat seorang pelajar yang dilaporkan lemas ketika mandi di Sungai Sat, dekat sin, Sabtu lepas dijumpai terapung sejauh lapan kilometer dari tempat kejadian petang ini.

Ketua Polis Daerah Machang DSP Che Malek Bedot berkata mayat Mohd Alif Razman Azman, 15, ditemui dalam longgokan buluh dan sampah sarap di Kampung Tandak oleh penduduk Kampung pada pukul 1.05 petang.

"Mangsa bersama tujuh rakannya sebelum itu mandi di Sungai Sat, Kemuning pada pukul 4.30 petang dan dihanyutkan arus deras setengah jam kemudian," katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi dijalankan oleh 91 anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan termasuk Polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA) dan Unit Res Q Jabatan Pelajaran Negeri.

Mayat murid tingkatan tiga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai itu dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

1,967 Mangsa Banjir Di Kelantan

Artikel Lain