suria

Ku Li Saran Guru Diberi Penghargaan

GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyarankan kerajaan supaya memberi pelbagai penghargaan kepada guru yang berjaya melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang.

Beliau berkata berbanding penjawat awam lain, tugas guru lebih berat demi meletak asas kepada masa depan rakyat.

Walaupun sudah banyak penghargaan diberikan kerajaan, ia belum memadai membalas curahan bakti seorang guru, katanya di sini hari ini.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang, berkata bidang pendidikan di negara ini bertambah baik berikutan usaha kerajaan menyediakan kemudahan pembelajaran selaras perkembangan semasa.

Beliau juga meminta kerajaan agar mengkaji semula dasar pengambilan buruh asing untuk memastikan peluang pekerjaan bagi belia tempatan tidak terjejas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

1,967 Mangsa Banjir Di Kelantan

Artikel Lain