suria

IPF Buat Laporan ADUN DAP Hina Zambry

IPOH: Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) Perak hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming daripada DAP, yang didakwa menghina Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada 9 September lepas.

Pengerusinya S.Vasu berkata kenyataan seperti itu tidak wajar kerana ia melibatkan sensitiviti orang lain termasuk masyarakat India.

"Kenyataan yang dilontarkan kepada MB itu merupakan tindakan yang kurang ajar kerana masyarakat India di negara ini turut merasai tempias penghinaan itu.

"Kalau MB ada buat salah janganlah gunakan kulit sebagai ukuran," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini.

Vasu berkata di negara yang mempunyai masyarakat majmuk, pemimpin tidak harus mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan kaum-kaum lain.

"Penduduk India di Pantai Remis perlu sedar itulah perangai sebenar pemimpin pembangkang yang tidak menghormati rakyat khususnya kaum India," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

1,967 Mangsa Banjir Di Kelantan

Artikel Lain