suria

Calon Tak Boleh Menang Sila Undur Secara Sukarela

KUALA LUMPUR: Pemimpin dan wakil rakyat Umno yang tidak boleh menang dalam pilihan raya akan datang patut mengundurkan diri secara sukarela.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hassan berkata, Presiden Umno dan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah pun menegaskan bahawa pemimpin yang tidak popular wajar mencontohi langkah yang diambil oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dengan mengumumkan siang-siang keputusan untuk tidak bertanding.

Bercakap kepada para pemberita selepas taklimat oleh presiden parti di Dewan Merdeka PWTC, pada petang Selasa, Mohammad Hassan berkata, pemimpin yang tidak popular mestilah bersedia mengorbankan diri dan meletakkan kepentingan parti di hadapan.

“Yang kita mahu ialah BN untuk menang jadi kita harap, pemimpin yang tidak boleh menang tidak mementingkan diri mereka," ujarnya.

Yang paling penting, katanya, ialah untuk tidak mensabotaj persediaan parti seandainya tidak terpilih sebagai calon lagi.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, di Perak, BN akan memastikan hanya calon yang berupaya untuk menang sahaja yang akan diletakkan sebagai calon.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

1,967 Mangsa Banjir Di Kelantan

Artikel Lain