suria

Apa Juga Bentuk Masalah Mesti Diselesai Segera - Puteri Umno

KUALA LUMPUR: Apa jua masalah sama ada peribadi atau isu dalaman parti mestilah diselesaikan segera sebelum menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-13 nanti.

Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu semua masalah yang timbul diselesaikan segera kerana tidak mahu ia menjadi penghalang kepada usaha untuk memenangi pilihan raya umum.

"Permasalahan itu tidak boleh dijadikan sebab untuk tidak berikan sokongan padu kepada parti semasa menghadapi pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis Taklimat Presiden Umno di sini, Selasa.

Mengulas mengenai komitmen Puteri Umno, Rosnah berkata, pergerakan itu bertekad menggerakkan jenteranya ke tahap yang maksimum bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Puteri memberi komitmen sepenuhnya. Kami janjikan komitmen sepertimana yang dituntut oleh presiden.

"Kita perlu lakukan sesuatu yang luar biasa. Kita akan pertingkatkan sokongan generasi muda, kita mahu sokongan rakyat," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

1,967 Mangsa Banjir Di Kelantan

Artikel Lain