suria

Seorang Mangsa Feri Karam Di Semporna Ditemui Lemas

SEMPORNA: Seorang daripada dua mangsa yang hilang dalam kejadian feri karam di Sungai Manis, Kampung Lihak-Lihak dekat sini Sabtu, dijumpai mati lemas pagi Ahad.

Mayat wanita yang berumur 44 tahun itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 11.30 pagi tidak jauh dari lokasi kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd Azim Khan Abdullah berkata bagaimanapun anak lelaki mangsa yang berumur 14 tahun yang turut hilang dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu masih belum ditemui.

Kedua-dua mangsa berada di dalam sebuah lori di atas feri tersebut ketika sedang menyeberang sungai berkenaan.

Namun seorang adik lelaki wanita berkenaan yang memandu lori itu sempat menyelamatkan diri.

Yang turut tenggelam ialah sebuah kereta di dalam feri itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

YDP Sarawak Dilantik Semula

Artikel Berikut

Artikel Lain