Semangat 'Nasi Merdeka' Umno Semakin Luntur - Veteran Perlis

KANGAR: Sekalipun bangga dengan kematangan Umno sekarang, beberapa anggota veteran di negeri ini bimbang dengan masa depan parti itu apabila melihat semangat perjuangan asal semakin luntur pada kalangan anggota.

Menyamakan perjuangan itu sebagai semangat "nasi merdeka", mereka melihat anggota sekarang sudah leka dengan kejayaan yang dicapai parti sehingga mengetepikan kepentingan pengorbanan diri demi keutuhan Umno.

Bekas Setiausaha Perhubungan Umno Perlis, Datuk Selamat Saad berkata, 'orang dulu' menjual nasi lemak dan hasilnya disalur kepada tabung perjalanan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London bagi merundingkan kemerdekaan negara.

"Kami bekerja dengan semangat yang satu iaitu berkorban untuk parti demi negara," katanya kepada Bernama, di sini, Isnin.

Namun, kata veteran berusia 76 tahun itu suasana Umno sekarang sudah jauh berubah kerana selain wujud puak-puak, parti tersebut juga dianggotai mereka yang meletakkan kepentingan diri melebihi perjuangan parti.

Justeru, beliau mengharapkan perhimpunan agung yang bakal berlangsung minggu ini dapat mengembalikan kekuatan semangat "nasi merdeka" demi masa depan Umno sendiri.

Pendapatnya dikongsi seorang lagi anggota veteran Datuk Mohd Zain Hamzah, 76, yang mahu pemimpin parti menangani isu puak dalam Umno.

"Dulu anggota-anggota Umno memikirkan perjuangan untuk memerdekakan negara tapi sekarang negara dah merdeka. Ada yang hanya memburu peluang melalui parti," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini.

Bekas Naib Ketua Umno Arau itu berkata, pada zaman dahulu anggota parti menerima seikhlas hati siapa sahaja yang dipilih sebagai calon pilihan raya dan memberi sokongan padu.

"Namun perkara itu sudah tidak berlaku sekarang kerana wujudnya unsur puak yang menyebabkan ada calon ditolak kerana bukan dari puaknya. Perkara ini harus diubah segera," katanya.

Beliau juga berkata, anggota Umno pada peringkat awal kemerdekaan tidak mementingkan wang ringgit dan peluang menjadi pemimpin digunakan untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

YDP Sarawak Dilantik Semula

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain