Perkasa Mahu Umno Terus Kekal Relevan Untuk Bangsa Melayu - Semasa | mStar

Perkasa Mahu Umno Terus Kekal Relevan Untuk Bangsa Melayu

PASIR MAS: Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu Umno terus memberi tumpuan dalam perkara yang menyentuh soal kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam pada perhimpunan parti itu, yang berlangsung pada Selasa, selaras dengan dasar awal penubuhannya.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Umno perlu kekal relevan kepada bangsa Melayu sebagai tonggak kerajaan dan dapat menyatupadukan semua kaum yang ada demi pembangunan negara pada masa depan.

"...terutamanya golongan cerdik pandai, mereka ingin melihat Umno benar-benar memperjuangkan agenda Melayu, bukan retorik. Jika Umno mahu kekal relevan sepanjang masa, selain mendapat keyakinan orang Melayu maka sudah tentu mereka perlu terus memperkasakan agenda tersebut dalam perjuangannya.

"Rakyat hari ini, khususnya orang Melayu, sudah pandai menilai antara retorik dan realiti," katanya selepas menghadiri sambutan Maal Hijrah 1433 peringkat Dewan Undangan Negeri Tendong, Isnin.

Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas, mendakwa masih ada yang berpendapat kononnya senario hari ini membayangkan Umno kurang memberi fokus kepada agenda Melayu, meskipun banyak penekanan berhubung perkara itu telah dimanifestasikan kepimpinan parti tersebut.

Katanya, persepsi itu wajar diperbetulkan sebelum ia memberi impak negatif kepada parti, rakyat dan negara.

Beliau percaya berdasarkan pengalaman serta kekuatan yang ada, Umno mampu melakukan perubahan bagi mencorak masa depan negara dalam aspek ekonomi, politik, sosial dan sebagainya dengan lebih berinovasi serta dinamik. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

PM Lancar Johor Premium Outlets

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain