suria

Nazri Cabar Presiden Majlis Peguam Bertanding PRU13

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdl Aziz berkata, pandangan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berhubung Akta Perhimpunan Aman tidak mencerminkan pandangan rakyat.

MalaysiaKini melaporkan, Nazri yang dipetik berkata kepada akhbar harian Cina, Sin Chew Daily menambah, kerajaan tidak akan menubuhkan satu Jawatankuasa Terpilih Kas Parlimen untuk inkuiri awam berhubung rang undang-undang itu, seperti yang dicadangkan oleh Majlis Peguam.

Dakwa Nazri, cadangan Lim dan segelintir peguam tidak mencerminkan pandangan rakyat di negara ini.

“Kerajaan yang mewakili rakyat, BN mempunyai 140 ahli parlimen dan sesetengah ahli parlimen Bebas juga menyokong kami.

“Saya cadangkan Lim Chee Wee daftarkan Majlis Peguam sebagai sebuah parti politik dan cabar saya di Padang Rengas pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Tambahnya, rang undang-undang yang dijadualkan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat masih mempunyai ruang untuk dipinda.

Sambil menafikan kerajaan berdolak dalik berhubung rang undang-undang itu, Nazri berkata kesediaan kerajaan memindanya adalah bukti kesedian BN mendengar kehendak rakyat.

Majlis Peguam juga dilaporkan telah mengerahkan 14,000 anggotanya untuk berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom (Berjalan untuk Kebebasan) pada Selasa.

Artikel Sebelum

YDP Sarawak Dilantik Semula

Artikel Berikut

Artikel Lain