Saifuddin Bidas Wakil Rakyat PKR Pentingkan Kuasa - Semasa | mStar

Saifuddin Bidas Wakil Rakyat PKR Pentingkan Kuasa

JOHOR BAHRU: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Ahad menempelak sebahagian wakil rakyat parti itu yang bersifat pentingkan kuasa namun membelakangkan kepentingan parti.

Sambil menyifatkan golongan wakil rakyat itu sebagai oportunis yang mencari peluang untuk kepentingan peribadi, Saifuddin memberi amaran bahawa sikap pemimpin seperti itu tidak akan diterima dalam parti.

"Saya marah kepada YB (Yang Berhormat) yang tak ada dalam dewan ini. Mereka lupa bahawa mereka tak boleh jadi YB tanpa platform parti. Mana lagi tempat untuk mereka bersama dengan anggota melainkan platform kongres ini?

"Tak ada tempat untuk oportunis. Itu saya sampaikan dari hati saya dan saya sedia menghadapi risiko. Saya tak tergamak dan tak sampai hati tengok pengorbanan anggota bawahan dikhianati hanya kerana bergelar YB.

"Tak ada yang lebih penting daripada berada di sini bersama anggota parti jauh dan dekat yang datang dari jauh," katanya ketika sesi penggulungan Kongres Nasional PKR ke-8 di sini, Ahad.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata demikian merujuk kepada beberapa wakil rakyat parti itu yang tidak turut sama menyertai kongres selama dua hari.

Walaubagaimanapun Saifuddin tidak menyebut nama-nama wakil rakyat yang dimaksudkannya.

Menurut Saifuddin, beliau kagum dengan semangat anggota parti peringkat bawahan yang sanggup meninggalkan tugas masing-masing semata-mata mahu menghadiri kongres yang dianggap cukup penting sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain