Menteri Haji Arab Saudi Dianugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa - Semasa | mStar

Menteri Haji Arab Saudi Dianugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa

PUTRAJAYA: Menteri Haji Arab Saudi Dr Fouad Abdul Salam dianugerah Tokoh Maal Hijrah antarabangsa manakala Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin sebagai Tokoh Maal Hijrah kebangsaan tahun ini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat menyampaikan wang tunai RM100,000, sumbangan Yayasan Ubadi sebanyak RM10,000, medal tokoh Maal Hijrah, plak cenderamata sijil penghargaan kepada Dr Abdul Shokur di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Ahad.

Dr Fouad, 65, yang tidak dapat menghadiri majlis itu akan menerima penghormatan itu pada satu majlis khas nanti.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dr Abdul Shukor, 69, yang juga Timbalan Pengerusi Akademi Fiqh Sedunia (OIC) dan Ahli Lembaga International Shariah Research for Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia, memanjangkan penghargaan terhadap penghormataan dan pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

Dr Abdul Shukur meminta setiap umat berpegang kuat kepada amalan mulia yang membina perwatakan baik dan dihormati.

"Sebagai umat Islam kita perlu meneruskan tradisi yang baik bagi terus maju dengan mengenepikan idea dan provokasi yang berunsur negatif. Kita juga perlu bersatu padu sebagai rakyat negara ini walaupun berbeza dari segi politik," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Sambutan Maal Hijrah 1433H peringkat kebangsaan yang bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah', adalah selaras dengan usaha kerajaan yang mahukan rakyat bersatu padu, bekerjasama serta saling memahami dan menerima antara satu sama lain atas dasar akidah supaya matlamat negara maju menjelang 2020 dapat direalisasi.

Sebanyak 122 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta menyertai perhimpunan itu yang membabitkan hampir 5,000 penyertaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain