suria

Lelaki Pakistan Ditemui Mati Di Kawasan Ladang

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Pakistan ditemui dengan kesan tetakan di bahagian kepala, muka dan tangan dipercayai dibunuh di kawasan Ladang Kelan, Kulaijaya, dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supritendan Zulkefly Yahya berkata mangsa dikenali sebagai Muzamil Shah, 30an, ditemui oleh orang awam sebelum melaporkannya kepada polis kira-kira pukul 10 pagi.

"Pasukan siasatan dan forensik yang tiba di tempat kejadian mendapati Muzamil terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

"Tempat kejadian adalah di tengah ladang iaitu lebih kurang lima kilometer dari jalan besar dan tiga kilometer dari kawasan perumahan pekerja ladang," katanya.

Zulkefly berkata siasatan awal mendapati lelaki itu bukan mangsa rompakan kerana dompet dan barang peribadi mangsa ditemui di dalam raga motosikal yang dinaikinya. - BERNAMA

Artikel Lain