suria

Perwakilan PKR Tuntut Kerusi Khas OKU Tanding PRU-13

JOHOR BAHRU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituntut agar memperuntukan sekurang-kurangnya satu kerusi kepada orang kurang upaya (OKU) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Perwakilan Cabang Batu, Isaiah Jacobs berkata, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak dan suara rakyat, PKR perlu merealisasikan tuntutan itu terutama bagi memastikan suara golongan OKU dapat diangkat.

Bercakap menerusi ruangan khas pada sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden PKR, Isaiah yang juga seorang OKU turut melahirkan kekesalan kerana parti itu juga dilihat seolah-olah meminggirkan kepentingan hak golongan sepertinya.

"Saya tengok dalam Bajet 2012 tak ada (manfaat) untuk OKU...ia amat menyedihkan saya.

"Malah pagi ini presiden pun tak sebut peruntukan khas untuk OKU.

"Justeru saya meminta kepimpinan parti memberi satu kerusi khas untuk OKU, maka mereka boleh membawa (memperjuangkan) apa keperluan mereka," katanya di sini, Sabtu.

Artikel Berikut

417 Kes Demam Denggi Dilaporkan

Artikel Lain