suria

Belia Maju Ke Hadapan - Khairy

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sudah lama dilihat sebagai masuk campur pendirian secara liberal dalam banyak isu oleh beberapa pihak dalaman Umno. Kini, dia membuktikan kewajarannya.

Sejak tahun lalu, dengan langkah Kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi dan meminda undang-undang yang dirasakan sudah lapuk oleh ramai pemuda Malaysia membuktikan Ahli Parlimen Rembau itu dan penyokong kuatnya adalah benar.

Di bawah kepimpinan beliau, sayap mula berpisah daripada acuan lama, memperjuangkan isu-isu yang kurang "sentrik Melayu " tetapi telah dilihat sebagai bersifat Malaysia secara am.

Pergerakan itu menolak ke hadapan dengan agenda liberal meskipun mendapat kritikan daripada orang lama.

Bagaimanapun, Pemuda Umno boleh memperlihatkan kejayaan pada perhimpunan agung Umno tahun ini di mana mempunyai banyak cadangan yang kini diterima dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Khairy berkata, apabila sayap memutuskan untuk mengambil pandangan ‘yang bertentangan dengan pandangan majoriti’ atas beberapa isu kontroversi seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kebebasan media dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) menyebabkan ramai dalam parti telah mempersoalkan langkah itu.

Mereka mendapati sukar untuk memahami haluan Pemuda Umno sebagai sayap itu yang sebelum ini dilihat sebagai hero kepada orang Melayu dan sangat radikal mengenai isu-isu etno-sentrik.

"Mereka berkata kami memperjuangkan isu-isu yang sama dengan agenda pembangkang.

"Tetapi saya terus menjelaskan bahawa kita perlu melakukan perubahan kerana ini yang orang muda mahu. Kita masih boleh radikal tetapi kita perlu menjadi radikal sederhana dan radikan progresif. Kini, usaha kami berbayar,” katanya.

Beliau berkata, perhimpunan tahun ini benar-benar akan mempamerkan perpaduan sayap.

Katanya, masalah-masalah dalaman yang telah memberi kesan kepada pergerakan itu dalam tempoh dua tahun lalu sudah pun diselesaikan.

Ditanya mengenai tumpuan perhimpunan agung sayap pada Rabu, sehari sebelum perhimpunan parti utama, Khairy berkata, topik utama akan diberikan kepada transformasi politik dan persediaan untuk pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Khairy mengakui beliau juga perlu untuk mengemudi beberapa "perkara-perkara sensitif" terutama jangkaan di kalangan ahli mengenai pencalonan. "Tetapi saya juga perlu bertenang terhadap jangkaan mereka," katanya.

Beliau akan menekankan kepada usaha mendapat kerusi yang banyak untuk gerakan adalah sia-sia sekiranya Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya nanti.

Artikel Berikut

417 Kes Demam Denggi Dilaporkan

Artikel Lain