suria

Pemuda PKR Cabar Umno Pinda Undang-Undang Untuk 'Perdana Menteri Melayu'

JOHOR BARU: Pemuda PKR pada Jumaat, mencabar Umno untuk meminda Perlembagaan agar jelas menyatakan bahawa Perdana Menteri mestilah seorang Melayu.

"Untuk memastikan benteng Melayu dalam kuasa politik tidak diperdagangkan oleh Umno, kita mencabar Umno untuk meminda Perlembagaan dan memasukkan syarat serta memastikan Perdana Menteri mestilah seorang Melayu," kata Ketua Pemuda, Iskandar Amin di sini.

"Alasan bahawa jawatan itu disandang oleh Melayu kerana Umno berkuasa tidak dapat diterima," tambahnya.

Artikel Lain