suria

Pakatan Akan Lakukan Apa Sahaja Untuk Bebaskan Anwar

JOHOR BARU: Pakatan Rakyat (PR) akan melakukan apa sahaja termasuk memecahkan tembok penjara bagi memastikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Ini adalah peringatan keras kepada Umno bahawa kita, Wanita dan Pemuda PKR berikrar akan bangkit dan memecahkan tembok penjara untuk membebaskan beliau.

"Pemimpin pakatan rakyat bersatu bahawa Anwar sepatutnya menjadi Perdana Menteri seterusnya.

"Kita akan mematahkan semua konspirasi yang mahu meletakkan beliau di balik tirai besi," katanya semasa merasmikan Kongress Wanita dan Pemuda di sini pada Jumaat.

Beliau juga berharap agar PKR dalam menembusi Johor bagi memastikan negeri terbabit tidak lagi menjadi 'deposit tetap' Umno.

Bagi mencapai matlamat itu, Azmin berkata PKR akan mengelakkan pertembungan tiga penjuru melibatkan PR.

Artikel Lain