suria

Jasad Ibu Datuk G. Palanivel Selamat Disemadikan

GEORGE TOWN: Jasad ibu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk G.Palanivel, Letcimi Arumugam, 92, pada Jumaat disemadikan menerusi upacara pembakaran di Krematorium Hindu di Batu Lancang di sini.

Upacara pembakaran yang bermula pada pukul 2 petang itu turut disaksikan oleh kesemua tiga orang anak mendiang termasuk Palanivel.

Setiausaha Akhbar kepada Palanivel, M. Karmegan berkata abu mendiang akan diambil oleh anggota keluarga terdekat pada hari esok dan akan dihanyutkan ke laut.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas dan Pengerusi MIC Pulau Pinang Datuk P.K.Subbaiyah.

Letcimi meninggal dunia di rumah Palanivel di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Khamis malam kerana sakit tua.

Mendiang meninggalkan tiga orang anak, 13 orang cucu dan 8 orang cicit.

Palanivel yang juga Presiden MIC merupakan anak bongsu mendiang. - BERNAMA

Artikel Lain