Isu Komunis: Permohonan Utusan Batalkan Saman Mat Sabu Diputuskan 6 Disember - Semasa | mStar

Isu Komunis: Permohonan Utusan Batalkan Saman Mat Sabu Diputuskan 6 Disember

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan memutuskan permohonan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung penyiaran artikel berhubung isu komunis Bukit Kepong, pada 6 Disember ini.

Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu.

Pada 27 Oktober, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu memfailkan permohonan itu atas alasan saman tersebut mengaibkan, remeh dan menyusahkan serta ia suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 14 September lepas, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, 57, memfailkan saman itu dan mendakwa defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel fitnah pada 27 Ogos lalu dan dua lagi artikel pada keesokan harinya, iaitu pada 28 Ogos.

Beliau mendakwa penyiaran artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar daripada ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis yang bekerjasama dengan Goh Peng Tun serta 200 lagi angggota komunis.

Mat Sabu mendakwa dirinya berasa malu dan maruah, kredibiliti serta reputasinya juga terjejas.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk serta perintah mahkamah agar defendan memohon maaf dan menarik balik artikel fitnah itu.

Pada prosiding hari ini, peguam Datuk Firoz Hussein Jamaluddin yang mewakili defendan berhujah Mat Sabu gagal menyokong writ saman dengan butiran lengkap serta mencukupi berhubung penyiaran artikel berkenaan.

Beliau berkata kegagalan berbuat demikian menyebabkan writ saman itu perlu dibatalkan oleh mahkamah.

Sementara itu, peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mat Sabu berkata defendan gagal menunjukkan bagaimana mereka diprejudis akibat ketiadaan butiran bagi menyokong writ saman berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp