suria

Siasatan Terhadap 13 Tahanan Tawau Masih Berjalan

Oleh JOSEPH SIPALAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih tidak dapat mengesahkan mahupun menafikan dakwaan 13 individu dipercayai militan yang ditahan di Tawau pada minggu lalu mempunyai rancangan untuk membunuh seorang ahli politik, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau kemudiannya mengesahkan bahawa mereka yang ditahan dianggap sebagai pengganas dan siasatan masih dijalankan.

Hishammuddin berkata demikian semasa mengulas berita yang disiarkan The Star yang melaporkan bahawa 13 individu yang disyaki anggota militan Darul Islam adalah sebahagian daripada kumpulan yang merancang mahu membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Sumber turut menyatakan mereka juga berniat mahu menahan seorang pegawai polis bagi menjamin pembebasan rakan mereka.

Menurut sumber, kumpulan berkenaan telah menjalani latihan di Sulawesi, Indonesia dan juga diajar untuk membuat bom.

Ketua kumpulan tersebut, Abdullah Omar ditahan pada Julai lalu di Indonesia.

Artikel Sebelum

Warga Emas Maut Dilanggar Bas

Artikel Lain