RM300 Juta Kendalikan Pilihan Raya Ke-13 - Semasa | mStar

RM300 Juta Kendalikan Pilihan Raya Ke-13

MELAKA: Kos mengendali pilihan raya umum ke-13 nanti dijangka mencecah RM300 juta berbanding RM200 juta bagi pilihan raya umum yang lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Beliau berkata anggaran itu adalah sekiranya pilihan raya itu dijalankan secara serentak di semua negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang kini dikuasai pembangkang.

"Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan untuk proses pilihan raya umum akan datang ialah pertambahan bilangan pemilih serta peralatan-peralatan bantuan seperti kotak undi, penindik dan kenderaan," katanya kepada pemberita selepas Taklimat Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya Umum ke-13 di sini Rabu.

Abdul Aziz berkata langkah melaksanakan undi pos di luar negara juga menyebabkan peningkatan dalam perbelanjaan proses pilihan raya akan datang kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

Beliau berkata SPR perlu membelanjakan sekurang-kurangnya US$10 bagi kos penghantaran untuk seorang pengundi pos di luar negara.

Abdul Aziz berkata setakat ini, semua perancangan yang dilakukan termasuk Taklimat Pegawai dan Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya adalah di peringkat awal dan proses berkenaan memerlukan perancangan rapi dan teratur.

"Saya ingin menyatakan bahawa persediaan ini merupakan persediaan yang sangat awal di mana daripada segi peratusan perkembangan penyediaan ke arah proses pilihan raya adalah sangat kecil.

"Maknanya kita masih dalam proses penyediaan belanjawan dan penambahbaikan," katanya.

Beliau berkata SPR juga telah merancang beberapa pembaharuan berhubung proses pilihan raya di negara ini tetapi ia masih di bawah penelitian dan perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambah baikan proses pilihan raya.

Pembaharuan itu melibatkan penamaan calon, undi awal, undi pos, pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya, penggunaan dakwat kekal dan bahan kempen. - BERNAMA

Artikel Berikut

Sah: Kerajaan Akan Pinda Seksyen 15 AUKU

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain