suria

Polis Akan Bebas 36 Tahanan Ordinan Darurat

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan akan akan membebaskan tidak kurang daripada 36 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat dalam masa terdekat.

Menurut beliau pembebasan itu selaras dengan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk melaksanakan Program Transformasi Politik (PTP) fasa kedua melalui pembatalan tiga proklamasi darurat.

"Polis akan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membebaskan tidak kurang daripada 36 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat.

"Ini merupakan proses yang berjalan secara berterusan walaupun pada dasarnya ia mengambil masa selama enam bulan," katanya di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis, Najib telah membentangkan usul bagi membatalkan tiga proklamasi darurat yang diisytiharkan sejak 1966 dan dianggap masih berkuatkuasa hingga kini.

Artikel Sebelum

Warga Emas Maut Dilanggar Bas

Artikel Lain