suria

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Longkang

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam ditemui dalam sebuah longkang di depan sebuah rumah di Taman Kok Doh, Jinjang pagi Rabu.

Pemilik rumah, yang hendak keluar bekerja pada kira-kira 8 pagi, terkejut melihat mayat lelaki itu terlentang di dalam longkang dan menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata Unit Forensik Kuala Lumpur mendapati mangsa, yang dipercayai penduduk tempatan dan berusia lewat 40-an, mempunyai kesan kecederaan di kepala.

"Berdasarkan keadaan, mangsa didapati mati enam jam sebelum itu dan tidak ada dokumen ditemui padanya," katanya ketika dihubungi Rabu.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Maut Dilanggar Bas

Artikel Lain