suria

Lelaki Maut Nahas Lori Dan Treler

KUANTAN: Seorang lelaki terbunuh selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori treler di Kampung Besul dekat Jerantut, Selasa.

Mangsa, Muhd Al-Amin Alias, 29, dari Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Pegawai Penguatkuasa Pentadbiran Trafik Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 6 petang itu mangsa dalam perjalanan dari Jerantut menuju ke Kuala Lipis.

"Tiba di lokasi kejadian, dipercayai pemandu lori, A. Ananthan, 39, berasal dari Taman Berjaya, Johor Baharu telah hilang kawalan lalu termasuk ke laluan bertentangan.

"Ekoran itu, mangsa yang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak telah bertembung dengan lori treler terbabit," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Zainalabidin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Maut Dilanggar Bas

Artikel Lain