suria

Kerajaan Bentang Usul Batal Proklamasi Darurat

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Khamis, membentangkan usul bagi membatalkan tiga proklamasi darurat yang diisytiharkan sejak 1966 dan dianggap masih berkuatkuasa hingga kini.

Usul berkenaan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Sejak kemerdekaan sehingga kini, sebanyak empat Proklamasi Darurat telah diisytiharkan iaitu Proklamasi Darurat pada 3 September 1964 bagi seluruh Persekutuan; Proklamasi Darurat 15 Mei 1969 bagi seluruh Persekutuan; Proklamasi Darurat 14 September 1966 di Sarawak dan Proklamasi Darurat 8 November 1977 di Kelantan.

Bagaimanapun, Proklamasi Darurat 1964 terbatal secara implikasi oleh Proklamasi Darurat pada 1969 seperti yang diputuskan oleh Majlis Privi dalam kes Teh Cheng Poh lawan Pendakwa Raya (1979) 1 MLJ 50.

Proklamasi Darurat 1969 bagaimanapun masih berkuat kuasa kerana Proklamasi Darurat 1977 dengan jelas tidak menyentuh Proklamasi Darurat pada 1969.

Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Proklamasi dan Ordinan Darurat atau terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh Dewan Rakyat atau Dewan Negara yang mengungkai proklamasi atau ordinan itu.

Artikel Sebelum

Warga Emas Maut Dilanggar Bas

Artikel Lain