Jangan Jadi Nasi Sudah Menjadi Bubur, Kata Muhyiddin - Semasa | mStar

Jangan Jadi Nasi Sudah Menjadi Bubur, Kata Muhyiddin

PASIR MAS: Semua pemimpin dan anggota Umno perlu memupuk perpaduan yang erat di kalangan mereka bagi mengelak "nasi sudah menjadi bubur" dan ditolak rakyat.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata yang amat perlu diselesaikan ialah masalah dalaman parti kerana ini dapat membantu ke arah mendapatkan sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

"Masalah yang timbul perlu diselesaikan segera dengan semua pihak perlu bekerjasama dan menghormati di antara satu sama lain.

"Saya ingin tegaskan bahawa pokok kepada segala-galanya adalah perpaduan. Kalau ada masalah, selesaikan dengan segera jangan tunggu dekat pilihan raya baru bertindak.

"Sebelum nasi menjadi bubur bekerjasama sesama kita dan terima baiklah sesiapa sahaja yang dipilih untuk menjadi pemimpin kita kelak," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Pasir Mas di sini, Rabu.

Muhyiddin berkata kelemahan yang berlaku sebelum ini menyebabkan pembangkang banyak meraih kerusi pada pilihan raya umum lepas dan pilihan raya akan datang merupakan cabaran besar kepada Umno untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

"Kita mesti bersatu barulah kita dapat menghadapi cabaran daripada musuh-musuh kita di luar sana," tambahnya.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Pengerusinya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Datuk Hanafi Mamat dan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yassin.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan dana sebanyak RM600,000 kepada Maahad Tahfiz Ismailiah dan wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah di daerah itu. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain