Sarjan Polis Maut Dilanggar Lari - Semasa | mStar

Sarjan Polis Maut Dilanggar Lari

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis terbunuh selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan dalam satu kejadian langgar lari di Jalan Syed Putra berhampiran pusat beli belah Mid Valley di sini Selasa.

Sarjan Md Noor Shukor, 57, dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata dalam nahas pada 7 pagi tadi, Md Noor sedang dalam perjalanan ke Shah Alam.

"Motosikal yang dinaiki Sarjan Md Noor dipercayai dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang sebelum tercampak ke jalan manakala pemandu kenderaan yang belum dikenal pasti itu melarikan diri," katanya.

Mayat Md Noor dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Allahyarham yang telah berkhidmat dengan pasukan polis selama 34 tahun, meninggalkan balu Noriyati Yaakob dan tiga orang anak.

Jenazah dibawa pulang ke kampung halaman isterinya di Labu, Negeri Sembilan petang ini untuk dikebumikan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

RM300 Juta Kendalikan Pilihan Raya Ke-13

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Rakyat Masih Percaya Kepada Produk KR1M

default image

DBP Nafi Fitnah Dawama

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain