Kelantan Mula Dilanda Banjir, Lima Keluarga Dipindahkan - Semasa | mStar

Kelantan Mula Dilanda Banjir, Lima Keluarga Dipindahkan

KOTA BARU: Hujan berterusan sejak dua hari lepas di Kelantan menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air dengan lima keluarga di daerah Pasir Puteh dipindahkan petang ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Kelantan, berkata kelima-lima keluarga mengandungi 26 orang itu dipindahkan secara berperingkat ke Sekolah Kebangsaan Bukit Awang bermula pukul 3.30 petang.

Beliau berkata, laluan utama Kota Baru-Pasir Puteh di Bukit Abal ditutup kepada kenderaan ringan akibat digenangi air sedalam satu meter.

Zainuddin berkata, bagi menghadapi bencana banjir, sebanyak 729 buah pusat pemindahan disediakan di seluruh Kelantan dengan kapasiti muatan 150,700 orang manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bekalan makanan seperti beras, sardin, biskut, minyak masak, gula, teh dan kopi.

Maklumat berhubung banjir di Kelantan boleh diperoleh menerusi portal khas http://ebanjir.kelantan.gov.my.

Zainuddin juga memohon agar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kajian bagi membantu menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerapkali melanda negeri itu.

"Kita sedia maklum bahawa kerajaan persekutuan sebelum ini telah banyak menyalurkan peruntukan jutaan ringgit untuk membantu menaik taraf sistem perparitan antaranya di Pasir Mas dan Tanah Merah.

"Namun, untuk kali ini kita memohon lagi bantuan dari kerajaan persekutuan terutama JPS agar membuat kajian terperinci bagi mengenal pasti punca berlakunya banjir kilat di negeri ini," katanya.

Penduduk kawasan perumahan di daerah Kota Baru, Tumpat dan Machang sering berdepan banjir kilat setiap kali hujan lebat disebabkan ketiadaan sistem perparitan yang sempurna. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Rakyat Masih Percaya Kepada Produk KR1M

default image

DBP Nafi Fitnah Dawama

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain