Harimau Muda Dapat RM30,000 Seorang - Semasa | mStar

Harimau Muda Dapat RM30,000 Seorang

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Muda kendalian jurulatih Ong Kim Swee yang memenangi pingat emas Sukan SEA di Jakarta semalam, akan menerima ganjaran RM30,000 seorang daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah.

Berita itu diumumkan pengurus skuad negara Datuk Hamidin Mohd Amin di sini, malam Selasa.

"Selepas perlawanan menentang Indonesia semalam, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah bersetuju mengurniakan RM30,000 seorang bagi setiap pemain di atas kejayaan gemilang mereka itu," katanya.

Dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam, skuad bawah 23 tahun negara itu menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Hamidin berkata skuad itu juga akan dihantar ke Sydney, Australia mulai pertengahan bulan Disember bagi menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab terkemuka di sana.

"Selepas mesyuarat teknikal FAM sebentar tadi, kami telah bersetuju untuk menghantar skuad kendalian Ong Kim Swee ini untuk ke Austalia dan Alhamdullilah Majlis Sukan Negara (MSN) turut menerima dan menyokong hasrat kami ini," katanya.

Sementara itu, beliau berharap peminat bola sepak datang beramai-ramai untuk menyokong Skuad Harimau Muda pada perlawanan kelayakan pra-Olimpik menentang Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Beliau berkata setakat ini penjualan tiket bagi perlawanan agak mengecewakan dengan hanya 2,000 tiket telah dijual.

"Sasaran kami ialah 30,000 tiket dijual, namun kami masih mengharapkan agar lebih banyak tiket dibeli peminat menjelang hari perlawanan bagi memberi sokongan kepada Skuad Harimau Muda," katanya kepada Bernama Selasa.

Tiket bagi perlawanan itu dijual dengan harga RM40 (Grandstand) dan RM20 (Terbuka). - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Rakyat Masih Percaya Kepada Produk KR1M

default image

DBP Nafi Fitnah Dawama

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain