suria

Dua Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM250,000

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah dengan tertangkapnya dua lelaki warga tempatan di sebuah hotel di Kepong pada 18 November lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata dalam serbuan pada 8 malam itu, polis merampas heroin dianggarkan bernilai RM250,000 di kawasan tempat letak kereta hotel itu.

Katanya, saringan awal mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah.

Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kereta yang dipercayai dicuri.

Mohmad berkata, sindiket itu dipercayai bergiat aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang.

Polis sedang menyiasat sama ada masih ada anggota sindiket itu yang masih bebas, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wahabi Bukan Ajaran Sesat

Artikel Berikut

Artikel Lain