APMM Turut Sertai LIMA 2011 - Semasa | mStar

APMM Turut Sertai LIMA 2011

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)akan menjadikan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 di sini mulai 6 hingga 10 Disember depan sebagai ruang untuk orang ramai mengetahui mengenai agensi penguatkuasaan berkenaan yang mula beroperasi sejak November 2005.

Ketua Pengarah APMM Datuk Mohd Amdan Kurish berkata APMM akan menyertai LIMA 2011 secara besar-besaran dan orang ramai boleh mengetahui fungsi dan kejayaan APMM menerusi pameran sepanjang LIMA berlangsung.

"Empat buah bot pemintas, dua daripadanya buatan Turki dan dua lagi buatan tempatan yang mempunyai kelajuan 65 knot merupakan antara yang akan dipamerkan.

"Selain itu beberapa pesawat termasuk Helikopter AW 139 dan kapal-kapal milik APMM akan turut mengambil bahagian," katanya pada sidang media sempena majlis serah dan terima tugas Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Utara di Pangkalan APMM di sini Rabu.

Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Muhammad Abdul Basar Taji akan bertukar ke Putrajaya manakala tempatnya diganti oleh Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee yang sebelum ini berkhidmat di Lumut.

Amdan berkata seramai 300 hingga 400 pegawai dan anggota APMM akan terlibat pada keseluruhan penyertaan dalam LIMA kali ini.

Katanya APMM akan menyertai pameran dan pertunjukan kecekapan para pegawai dan anggotanya menghadapi sebarang kemungkinan di udara dan laut.

Setakat ini lebih 400 syarikat dari 35 negara mengesahkan menyertai LIMA 2011.

Mengenai APMM Wilayah Utara, beliau berkata Ketua Penguatkuasaan Wilayah Utara mempunyai tugas yang berat kerana berada di pintu utama Malaysia dengan Thailand dan Indonesia.

Beliau berkata ini adalah antara cabaran untuk membendung kemasukan pendatang tanpa inzin kerana perairan wilayah utara ini sangat luas.

Amdan berkata usaha perlu dipertingkatkan untuk membendung kegiatan penyeludupan manusia, barang dan dadah yang perlu dibanteraskan agar ekonomi negara tidak tergugat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

51 Orang Dipindah Akibat Banjir Di Melaka

Artikel Berikut

Banjir Di Terengganu Tidak Banyak Berubah

Artikel Berkaitan

default image

Rakyat Masih Percaya Kepada Produk KR1M

default image

DBP Nafi Fitnah Dawama

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain