suria

Pahang Diramal Banjir Disember Ini

KUANTAN: Cuaca di Pahang yang mengalami hujan dan mendung ketika ini dijangka tidak akan mengakibatkan banjir dalam tempoh terdekat ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang, Md Kamsan Hamdan berkata cuaca hujan dijangka berterusan sehingga esok, namun tidak dibimbangi akan menyebabkan banjir seperti yang sedang berlaku di Terengganu ketika ini.

"Hujan didapati turun di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin, namun pihak Jabatan Meteorologi Pahang menjangkakan ia belum boleh menyebabkan banjir," katanya kepda Bernama di sini, Selasa.

Md Kamsan berkata hujan lebat hanya diramalkan berlaku pada Disember ini yang mungkin menyebabkan berlakunya banjir di beberapa daerah di Pahang.

"Bagaimanapun kita meminta orang ramai supaya bersiap sedia lebih awal bagi menghadapi banjir dan pihak kami akan sentiasa memantau keadaan cuaca," katanya.

Beliau berkata pemantauan di sungai-sungai utama di Pahang juga mendapati masih berada di paras normal. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wahabi Bukan Ajaran Sesat

Artikel Lain