suria

Nelayan Terbunuh Dalam Pelanggaran Bot Di Sandakan

SANDAKAN: Seorang nelayan terbunuh selepas botnya berlanggar dengan sebuah bot laju di sungai berhampiran Kampung Pamaguan, 10 batu dari sini Isnin.

Habib Mohd, 71, seorang warga Filipina yang tinggal di Kampung Batu Putih dekat sini, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, kata Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin Wilayah Sandakan ASP Gan Ping Sin.

Pemandu bot laju dan tiga lagi penumpangnya tidak mengalami kecederaan dalam insiden yang berlaku pada 9 pagi itu, katanya di sini Selasa.

Beliau meminta pemandu bot laju itu, yang melarikan diri selepas kejadian, supaya tampil membantu polis dalam siasatan nahas itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wahabi Bukan Ajaran Sesat

Artikel Lain