suria

Beberapa Jalan DI KL Ditutup Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat sempena 'Acara Larian NIKE We Run KL 2011' pada Ahad ini.

Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur DSP Ng Fook Long berkata jalan-jalan yang terlibat akan ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi dan akan dibuka semula selepas semua peserta melalui jalan-jalan tersebut.

Jalan terlibat ialah Jalan Parlimen (Padang Merbok) iaitu tempat bermula dan tamat larian, katanya dalam kenyataan di sini. Turut ditutup ialah Jalan Mahameru, Jalan Damansara, Jalan Travers, Jalan Tun Sambanthan, Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Syed Putra, Jalan Kinabalu, Bulatan Datuk Onn dan Jalan Sultan Salahuddin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wahabi Bukan Ajaran Sesat

Artikel Lain