suria

Setiausaha Politik Peter Chin Menang Pengerusi SUPP Cawangan Piasau

MIRI: Datuk Sebastian Ting, setiausaha politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, dipilih sebagai pengerusi cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Piasau pada pemilihan malam Ahad.

Beliau memperoleh 23 undi mengalahkan Hii King Chiong yang mendapat 19 undi untuk jawatan itu yang pernah dipegang presiden SUPP dan juga bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan.

Sebaik sahaja pengumuman dibuat mengenai kemenangan itu, Ting emncadangkan agar Hii dicalonkan sebagai timbalan pengerusi cawangan tetapi beliau menolak pencalonan tersebut.

Sementara itu, Dr Chan yang mengetuai cawangan itu sejak tiga dekad lepas yakin dengan kemampuan kepimpinan baru itu dan berjanji beliau tidak akan campur tangan dengan operasinya.

"Saya telah bersara, saya biarkan mereka buat kerja mereka tetapi jika mereka perlu nasihat saya, saya beri. Tetapi saya tidak akan campur tangan dengan apa yang mereka buat," tambah beliau. -BERNAMA

Artikel Lain