suria

Sembilan Cedera Letupan Bom Di Pattani

BANGKOK: Tiga sarjan polis, tiga sami dan tiga orang awam cedera apabila sebutir bom yang diletakkan di dalam pasu bunga di hadapan sebuah kedai dobi di daerah Mueng, Pattani, meletup Isnin.

Ketua polis daerah Mueng, Somporn Meesuk, berkata bom seberat tiga kilogram itu meletup ketika tiga anggota polis berkenaan mengiringi sami terbabit mengutip derma di kawasan itu.

Anggota polis itu dikenali sebagai Tanom Konwai, 29, Prakarn Jedipaeng, 29, dan Kampanart Malwon, 37, manakala identiti sami berkenaan, belum diketahui.

Tiga orang awam yang cedera itu pula ialah pemilik kedai dobi, Yeun Sukonkhate, 72, Chart Sukubon, 70, dan isterinya Chid Sukubon, 73.

Polis mengesyaki puak militan bertanggungjawab bagi kejadian itu.

Lebih 4,000 orang terbunuh sejak puak pemisah melancarkan gerakan bersenjata untuk menuntut kemerdekaan bagi wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala di selatan Thailand sejak tujuh tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Lain