suria

Pengerusi BN Pulau Pinang Dijangka Diumum Dalam Masa Terdekat

GEORGE TOWN: Teka-teki mengenai siapa bakal pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang bagi menggantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dijangka terjawab dalam masa terdekat.

Setiausaha BN negeri Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata beliau difahamkan perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau diminta mengulas kenyataan Koh, yang merupakan Presiden Gerakan, pada Khamis lepas bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ekoran itu, Koh dipercayai akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi B NPulau Pinang. Hilmi berkata semua parti komponen akan menyokong siapa sahaja yang dipilih bagi menggantikan Koh.

"Kita (Umno) tak pernah desak (untuk memegang jawatan itu), kita akan teruskan dengan apa yang kita amalkan sebelum ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain