suria

Empat Lelaki Dituduh Bunuh Pegawai Rela

Anggota polis membawa keluar empat lelaki yang didakwa membunuh anggota Rela. Foto BERNAMA
Anggota polis membawa keluar empat lelaki yang didakwa membunuh anggota Rela. Foto BERNAMA
Anggota polis membawa keluar empat lelaki yang didakwa membunuh anggota Rela. Foto BERNAMA

TAMPIN: Empat lelaki termasuk seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, kerana dituduh membunuh seorang pegawai Rela pada 18 Oktober lepas.

Rosman Ali Abdul Ghani, 27, Kamaruddin Idrus, 53, Zaki Zahari, 18, dan anggota tentera Mohamad Asrol Izek Md Aris, 22, didakwa menyebabkan kematian Hamzah Abdul Majid, 55, di tebing Sungai Linggi, berhampiran Taman Angsa Mas, Mambau, Seremban dengan cara mengelar leher dan menikam badannya, antara 10 malam dan 12 tengah malam 18 Oktober lepas.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aznee Salmie Ahmad di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes sementara menunggu laporan kimia. - BERNAMA

Artikel Lain