suria

PM Pulang Dari Menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-19

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pulang dari menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-19 dan berkaitan selama tiga hari di Bali, Indonesia.

Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang di sini malam Sabtu.

Turut pulang bersama Najib ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sidang kemuncak itu juga dihadiri Rakan Dialog Asean, Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Pada Jumaat, Najib mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di luar Sidang Kemuncak Asia Timur.

Obama menghadiri mesyuarat Bali itu buat pertama kali berikutan dengan Mesyuarat Pemimpin-pemimpin AS-Asean ketiga di Bali, Sabtu. - BERNAMA

Artikel Lain