suria

Pelajar Duduki SPM Maut Bot Langgar Batu Karang

LANGKAWI: Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut setelah bot yang dinaikinya melanggar batu karang di persisiran pantai Kok di sini, Sabtu.

Abu Huzaifah Muhammad Hamzah, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra Langkawi dipercayai maut akibat luka parah di badannya dalam kejadian itu.

Mayat pelajar itu ditemui sekitar waktu Maghrib.

Bapa pelajar itu, Muhammad Hamzah Abdullah yang juga pemilik ladang kuda di sini, berkata kejadian itu merupakan yang kedua membabitkan anaknya yang maut.

Anak sulungnya, Umar Hafidz maut akibat kemalangan jalan raya tidak jauh dari Pantai Kok 10 tahun lepas, katanya.

Semasa kejadian Abu Huzaifah bersama lapan rakannya menaiki bot untuk merehatkan minda selepas beberapa hari menduduki peperiksaan SPM, kata Muhammad Hamzah. - BERNAMA

Artikel Lain