suria

Kastam Sabah Rampas Minuman, Rokok Seludup Bernilai Lebih RM300,000

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sabah merampas pelbagai jenis minuman dan rokok seludup termasuk cukai bernilai RM302,543 dalam lima serbuan berasingan di sekitar Telupid Selasa lalu.

Timbalan Pengarah KDRM Sabah, Hamzah Sundang berkata berkata tiga orang turut ditahan untuk membantu siasatan.

Turut dirampas ialah dua buah lori dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, katanya kepada pemberita di sini, Ahad. - BERNAMA

Artikel Lain