Dua Beradik Antara Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Perak - Semasa | mStar

Dua Beradik Antara Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Perak

TELUK INTAN: Tiga terbunuh dalam dua kemalangan berasingan di sini dan Kerian malam Sabtu dan awal pagi Ahad.

Dalam kejadian di sini, dua beradik yang dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler dan bas di persimpangan empat Jalan Padang Tembak malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 8.10 malam itu pemandu kereta Abdullah Hanifah, 34, dan kakaknya Samiah Ariffin, 57. kedua-duanya berasal dari Kampung Batu 8 Hujan Melintang.

Kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita.

Goh berkata kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Abdullah dalam perjalanan ke majlis perkahwinan saudaranya di sini telah dirempuh sebuah lori yang mengekorinya ketika kereta mangsa berhenti di persimpangan empat untuk membelok ke kanan jalan.

Bagaimanapun kereta mangsa kemudian terbabas ke tengah jalan lalu dirempuh sebuah bas yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kereta jenis Proton Wira itu terperosok ke bawah bahagian depan bas berkenaan, katanya.

Beliau berkata kedua-dua mangsa yang tersepit, meninggal dunia di tempat kejadian telah dikeluarkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk dihantar ke hospital.

Kedua-dua jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Hutan Melintang di sini, Ahad selepas solat Zohor.

Pemandu lori dan pemandu bas bersama 37 penumpang dari Melaka yang membawa rombongan ke satu majlis perkahwinan di sini tidak mengalami kecederaan, katanya.

Bagaimanapun, pemandu treler telah melarikan diri tanpa membuat sebarang laporan di balai polis di sini dan polis sedang mengesan lelaki berkenaan untuk siasatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di nombor telefon 05-6299222 atau Inspektor Mohd Azli Abdul Wahab di talian 019-3765513 untuk membantu siasatan.

Sementara itu dalam kejadian lain seorang pemandu lori terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Km 201 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kerian, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata mangsa Ng Tong Sooi, 52, berasal dari Bukit Mertajam yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Katanya kejadian berlaku pada pukul 2 pagi ketika lori yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari utara ke selatan dikatakan terbabas ke kanan jalan lalu digesel sebuah bas yang juga dari arah yang sama menyebabkan lori berkenaan terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan.

Mangsa yang tercampak di tepi jalan kemudian dihempap lori yang membawa muatan dedak ayam dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat kemudian dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain