Umno P.Pinang Sifatkan Keputusan Dr Koh Sebagai Transformasi - Semasa | mStar

Umno P.Pinang Sifatkan Keputusan Dr Koh Sebagai Transformasi

NIBONG TEBAL: Umno Pulau Pinang menyifatkan keputusan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 adalah satu transformasi parti dan memberi peluang kepada muka baru dalam Gerakan untuk menjadi calon.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata keputusan Koh itu juga di luar jangkaan kerana ia dibuat ketika beliau menjadi presiden parti.

"Umno Pulau Pinang menghormati keputusan Tan Sri Dr Koh kerana berani membuat keputusan itu dan saya percaya tindakan itu akan memberi peluang kepada pemimpin muda dalam Gerakan," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis penyerahan wang RM100 di Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata rakyat terutama penduduk di Pulau Pinang harus membuka mata dengan keputusan Koh kerana beliau telah banyak berjasa kepada negeri itu semasa kepimpinannya sebagai Ketua Menteri.

"Dr Koh sangat berjasa kepada rakyat Pulau Pinang kerana sejak 18 tahun lepas pelbagai kemajuan dibuat untuk negeri ini dan penduduk juga harus memberi peluang kepada pemimpin muda dalam Gerakan untuk meneruskan kepimpinan parti itu," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

default image

Umno Luar Negara Tolak Politik Warna Kulit

default image

Corat-Coret Sekitar Perhimpunan Agung Umno

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain