suria

PAS Berhati-Hati Pilih Calon - Nik Aziz

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dan berhati-hati dalam soal pemilihan calon yang bakal bertanding.

Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pihaknya berhati-hati dalam hal ini dan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai prestasi seseorang calon.

"PAS tidak ada masalah dalam pemilihan calon, kerana kita mempunyai ramai calon berkelayakan cuma pemilihan perlu dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di dataran ilmu di sini hari ini.

Beliau berkata apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lepas, tidak akan dipilih lagi kali ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiada Desakan Sesiapa - Tsu Koon

Artikel Lain