suria

Ketua Polis Negara Sahkan Sedang Jalankan Siasatan Terhadap NFC

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Jumaat mengesahkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Negara (CCID) sedang menjalankan siasatan terhadap Feedlock Corporation (NFC) bagi menentukan jika terdapat sebarang unsur jenayah pecah amanah atau atau mereka yang terlibat dengan penipuan.

"Kami sedang meneliti laporan itu dan memerlukan masa untuk menyiasat.

"Kami juga akan memanggil mereka yang terlibat bagi membantu siasatan. Kami menggesa orang ramai menghentikan spekulasi bagi membolehkan kami menjalankan siasatan tanpa sebarang tekanan yang tidak diperlukan," katanya.

NFC mendapati pihaknya berada dalam keadaan tidak selesa apabila PKR mendedahkan pada syarikat itu, diikuti laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan tempat itu tidak diuruskan dengan baik dan hanya menghasilkan 3289 ekor lembu, yang merupakan 41% daripada sasaran.

PKR juga berkata NFC telah menerima peruntukan pinjaman sebanyak RM250 juta oleh kerajaan, serta membelanjakan sebanyak RM827,579 untuk perjalanan luar negara bagi pengarah NFC.

Keputusan NFC untuk membeli dua kondominium mewah di One Menerung, Bangsar, juga dianggap sebagai pelaburan luar biasa bagi syarikat perniagaan lembu.

Pada hari Khamis, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menafikan syarikat tersebut berada dalam keadaan kucar-kacir dan mendakwa berada di landasan yang betul dengan menghasilkan 60,000 ekor lembu pada tahun 2015 serta telah menemui sasaran pada tahun lepas.

Dr Salleh juga merupakan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. NFC dijalankan oleh beliau dan tiga anak mereka.

Beliau juga menerangkan pembelian kondominium berharga RM6.9 juta yang telah disewa dengan kadar RM70,000 sebulan, telah memberikan hasil sebanyak RM900,000 kepada NFC.

Artikel Sebelum

Tiada Desakan Sesiapa - Tsu Koon

Artikel Lain