suria

Firefly Dapat Status Superbrand

KUALA LUMPUR: Anak syarikat MAS, Firefly, dipilih sebagai jenama "Superbrand" menerusi pilihan pengguna membabitkan kajian dalam 100 kategori.

Pemenang memperoleh perakuan jenama tempatan dan antarabangsa paling bernilai itu menerusi undian penganjur, setelah melayakkan diri dalam kajian pengguna oleh Nielsen, syarikat penyelidik pasaran.

Pengarah Urusan Firefly, Datuk Eddy Leong berkata, penghargaan itu akan merangsang syarikat untuk menjadi antara syarikat penerbangan berorientasikan pengguna terbaik dalam industri.

Syarikat itu juga akan meningkatkan perkhidmatannya untuk memudahkan pengguna perniagaan dan santai, katanya dalam satu kenyataan.

Leong berkata pengenalan dua pesawat tambahan baharu bulan lepas akan meningkatkan kekerapan laluan sedia ada dan membolehkan laluan baharu pada masa depan.

Berdasarkan permintaan yang popular dan sebagai sebahagian daripada pelan pertumbuhan operasi turboprob, Firefly baru-baru ini membuka semula laluan Subang-Kuantan, katanya dan menambah pelan peluasan selanjutnya akan diumumkan kemudian.

Sijil perakuan disampaikan kepada Leong oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis di sebuah hotel di sini pada 15 Nov.

Ia adalah edisi keenam Superbrands, badan bebas utama dunia yang memutuskan urusan penjenamaan, yang beroperasi di 87 negara di dunia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiada Desakan Sesiapa - Tsu Koon

Artikel Lain