suria

Digi & GoogleTawarkan SMS Gmail

KUALA LUMPUR: DiGi Telecommunications Sdn Bhd mengumumkan perkongsian strategik dengan Google bagi menawarkan Perkhidmatan Pesanan Ringkas Gmail (SMS) berkuat kuasa hari ini.

DiGi adalah syarikat telekomunikasi (telco) pertama di Malaysia yang akan menawarkan SMS Gmail dan perkongsian itu adalah salah satu daripada banyak cara inovatif yang disandarkan DiGi bagi menyampaikan janjinya "Internet Untuk Semua" yang memudahkan rakyat Malaysia mengakses kuasa Internet.

Ketua Internet Mudah Alih dan Pengiklanan Digi, Praveen Rajan berkata, perkongsian itu memperkasakan syarikat itu untuk menawarkan opsyen SMS kepada jutaan pengguna Gmail di nagara ini.

Ia akan turut mengembangkan dengan meluas komuniti sembang (chat)masing-masing, melalui sembang masa sebenar melalui SMS, tanpa mengira sebarang jenis peranti mudah alih, katanya di dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, SMS telah menjadi cara biasa komunikasi mudah alih di Malaysia dan ramai rakyat negara ini masih bergantung kepada bukan telefon pintar masing-masing.

SMS Gmail menjadikan komunikasi segera antara Gmail dan telefon mudah alih melalui SMS, katanya, sambil menyatakan ia membawa perkhidmatan Gmail kepada bukan telefon pintar seperti SMS Gmail Google dan orang ramai boleh menghantar pesanan teks percuma secara langsung dari akaun Gmail masing-masing untuk menjawab dan respons akan muncul seperti jawapan bersembang.

Bagi pelanggan DiGi, perkhidmatan itu disediakan percuma tanpa memerlukan langganan, manakala pesanan sembang melalui SMS dari telefon mudah alih masing-masing dikenakan bayaran RM0.10 bagi setiap SMS. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiada Desakan Sesiapa - Tsu Koon

Artikel Lain