suria

PM: Tidak Bincang PRU Dalam Perjumpaan BN

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perjumpaannya dengan pemimpin parti komponen BN yang lain pada malam Selasa tidak membincangkan isu peruntukan kerusi untuk pilihan raya umum ke-13.

Menurut Najib, mesyuarat tersebut hanyalah mesyuarat biasa yang menyentuh isu semasa. "Tiada perbincangan mengenai peruntukan kerusi di dalam mesyuarat," katanya.

Najib memberi kenyataan tersebut selepas melawat sebuah perkampungan Orang Asli di Tanjung Sepat. Beliau menambah bahawa mesyuarat tersebut adalah salah satu agenda dalam jadualnya yang sibuk selepas baru sampai dari Persidangan Apec di Hawaii dan bakal berlepas ke Bali untuk Persidangan ASEAN pada Rabu.

Artikel Berikut

Artikel Lain