Melaka Bentang Bajet 2012 Berjumlah RM307.6 Juta

MELAKA: Kerajaan Melaka membentangkan Bajet 2012 dengan menyediakan sebanyak RM307.6 juta berbanding bajet tahun lepas sebanyak RM301.71 juta.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata daripada jumlah itu, RM245.1 juta adalah bagi peruntukkan perbelanjaan mengurus dan RM62.5 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

"Hasil kerajaan negeri bagi 2012, dianggarkan berjumlah RM245.3 juta yang terdiri hasil cukai RM99 juta, hasil bukan cukai RM76.5 juta dan terimaan bukan hasil RM69.8 juta," kata beliau ketika membentangkan bajet 2012 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Beliau berkata mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, kerajaan negeri mengekalkan rekod bajet lebihan bagi tempoh lapan tahun berturut-turut sejak 2005.

Di bawah peruntukan mengurus, emolumen sebanyak RM72.9 juta, perkhidmatan dan bekalan RM98.9 juta, pemberian dan kenaan tetap RM69.1 juta. RM1 juta untuk pembelian aset dan baki RM3.2 juta untuk perbelanjaan lain.

Bagi peruntukan pembangunan pula, keperluan infrastruktur RM22.8 juta, pertanian RM3.5 juta, sosial RM24.7 juta serta pembangunan masyarakat RM11.5 juta.

Mohd Ali berkata Bajet 2012 akan menumpukan kepada dua strategi utama iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat ke arah berpendapatan tinggi dan merealisasikan Melaka Maju Negeri Bandar Teknologi Hijau.

"Ke arah itu, enam teras utama iaitu pembangunan bandar yang efisen dan mampan, pembangunan ekonomi bandar yang kukuh, sistem pengangkutan bandar yang bersepadu dan efisen, infrastruktur dan utiliti yang berkualiti, persekitaran kehidupan bandar yang sejahtera dan beridentiti dan tadbir urus bandar yang efektif," katanya.

Beliau berkata Melaka berhasrat menjadi negeri hijau pertama di Malaysia menjelang 2020.

"Kerajaan negeri turut menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka sebagai badan penyelaras tertinggi bagi memastikan usaha dan program yang dirancang dilaksanakan dengan efektif," katanya.

Dua projek perintis pembangunan kawasan khas teknologi hijau sebagai "showcase" iaitu Bandar Hijau Hang Tuah Jaya dan Melaka Solar Valley di Rembia, Alor Gajah.

Beliau juga berkata sektor pelancongan di Melaka terus kukuh dan sehingga Julai lepas, seramai 6.7 juta orang telah melawat negeri bersejarah ini berbanding 5.6 juta orang bagi tempoh yang sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 19.6 peratus.

"Antara produk pelancongan baru ialah Muzium Hang Tuah di Perkampungan Hang Tuah dan Kompleks Maritim Melaka yang merangkumi Muzium Kapal Selam, Kapal Laksamana Cheng Ho serta Kapal Raja Melaka di Klebang," katanya.

Katanya Melaka menyasarkan kedatangan 11 juta pelancong pada tahun ini dengan jumlah tempoh bermalam sebanyak tiga malam dan pendapatan sejumlah RM6 bilion.

Beliau juga berkata kerajaan negeri yakin penjawat awam akan terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan sebagai bukti ketelusan dan komitmen pegawai-pegawai kerajaan negeri, Jabatan Audit Negara telah menganugerahkan sijil bersih terhadap Akaun Awam Kerajaan Negeri Melaka pada 2010. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

12 Calon Duduki SPM Di Hospital

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain