suria

Kerajaan BN Mahu Majukan Bidang Pendidikan

KOTA KINABALU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sabah telah menunjukkan iltizam yang tiada tandingan terhadap pembangunan dan kemajuan pendidikan termasuk di sekolah-sekolah mubaligh dan tadika di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai berkata kerajaan negeri yang memberi bantuan tahunan kepada sekolah-sekolah berkenaan dan tadika membaiki serta membina bangunan akan terus membuat sumbangan sedemikian demi masa depan generasi akan datang.

"Kami menghargai pentingnya sekolah-sekolah mubaligh dan tadika dan sumbangan mereka terhadap pendidikan," katanya ketika berucap di majlis sambutan ulang tahun ke 25 San Yuk dan makan malam di Dewan Theatre Putera dekat sini malam Ahad.

Yee menegaskan mustahaknya hubungan mesra dan baik di kalangan pentadbir, guru dan lembaga sekolah dalam menentukan kejayaan institusi pendidikan.

Menurut beliau, badan-badan berkenaan hendaklah bekerjasama dalam mencapai visi dan misi sekolah untuk kejayaan kanak-kanak.

"Menerusi dedikasi pihak yang menguruskan tadika, kanak-kanak memperoleh kasih sayang, penjagaan membawa bimbingan serta pengalaman kepada kanak-kanak pelbagai kaum bergaul mesra dalam semangat 1Malaysia sebenar," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain